Pulau Redang 2019 - Snorkeling Short Video (1)

#aquateam berkunjung ke salah satu Pulau yang tercantik di Malaysia iaitu Pulau Redang.

Pantai Long Beach Pasirnya putih dan air yang jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Antara kemudahan & aktiviti di pulau ini ialah snorkeling & scuba.


Anda boleh pergi ke Pulau Redang melalui Jeti Merang atau Jeti Shahbandar. Malah jika anda dari Jeti Penarik pula jaraknya hanya 30 kilometer. Pulau ini akan ditutup pada setiap hujung tahun hingga awal tahun akibat ombak besar & tinggi.

Pulau Redang 2019 - Snorkeling Short Video (2)

Pulau Redang merupakan pulau di Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Ianya merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya, terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang. 


Pulau Redang hanya adalah salah satu pulau yang besar, senyap dan tercantik di pantai timur Malaysia.  Pulau ini kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular di  kalangan orang Malaysia. Pulau Redang juga terkenal dengan taman laut seperti Marine Park Pulau Redang juga aktiviti laut yang lain seperti Teluk Dalam Dasar Beach dan  lain-lain lagi.


Ianya merupakan satu destinasi perlancongan yang menarik  di Terengganu selain daripada Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Banyak chalet dan resort yang pastinya dapat membantu anda untuk menginap di sini.